Monday 8 August 2011

 1,2,3 dan 4
keghairahan si anak kecil tiada tebingnya
angka-angka ini di bilang satu persatu
dunia kecilnya,dunia besar baginya
benda baru baginya,benda besar baginya.

A,B,C dan D
bikin apakah lakaran-lakaran ini?
si ibu tenang menjawab
anak,itu namanya abjad
dengan abjad-abjad ini,bisa saja penuh ilmu di dada
si anak kecil terpaku tepat ke mata ibunya
lalu lirikan matanya pulang
si ibu cuma tersenyum.

si anak kecil tetap dengan dunianya
M-A-M-A,mama
B-A-P-A,bapa
setiap apa yang diajar,patuhnya tiada penghujung
si ibu cuma tersenyum
terkadang kenakalan si anak kecil mencabar si ibu
namun si ibu ada matlamat
biar susah,perit,jerih sekalipun si anak kecil itu jadi keutamaan
biar bergolok gadai segala,si anak kecil yang di dahulukan
kerana si ibu punya keinginan besar
anak kecil itu perlu dibentuk sedari kecil
biar tiada sesalan dilain hari.

orang kata,melentur buluh biarlah daripada rebungnya
dan si ibu,percaya itu
si anak kecil itu rezeki terindah
pengorbanan si ibu tiada tara
kerna dia mahu anak kecil tu menjadi besar
bukan besar harta yang dicari
bukan besar pengaruh yang dihajat
biar hati si anak kecil,besar
hati yang terdidik,teguh tiada rebah
 jua hati yang dipandang sang Pencipta.



ya tuhanku,berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu,sesungguhnya engkau maha mendengar doa(3:38)




mesmerized by their ability to memorize the Quran at a very young age...:)

2 comments:

  1. Aminn kak..

    mama baa....tidak pernah tidak mesti mama kasi duluan kita juga kan..
    ada baa selalu kalo tyme makan....kalo ada anak2 yg tidak sama2 masa tu..mama mesti cakap "kasi tinggal neh si___,belum lagi dia mkn tuu"..pastu simpan di bawa lansang, takut kana kurik kucing..

    ReplyDelete
  2. itu lah tu..mama is the best!
    aiyoo..mo insaf lah nie..melawan cakap seja..
    haha bnyak bjasa tu langsang mama..:)

    ReplyDelete